counter

Selamat Datang

Laman Blog Informasi Sk.Tanah Merah ini dibina khas bagi memberikan maklumat terkini mengenai sekolah dan juga untuk memperkenalkan sekolah kepada orang luar. Pembinaan Laman Blog Informasi ini adalah salah satu agenda yang telah dirancang oleh Unit ICT SKTM. Laman Blog ini diharap menjadi suatu saluran perhubungan antara sekolah dan masyarakat luar.Pembinaan yang dimulakan sejak awal April 2009 telah pun siap sepenuhnya sekarang. Beberapa penambahbaikan laman Blog ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

30 September 2014

SAMBUTAN HARI SUSU SEKOLAH SEDUNIA 2014

Tarikh :  24 September 2014

Program ini telah diadakan di dataran perhimpunan SK Tanah Merah bersempena dengan Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah di samping membantu meningkatkan kecemerlangan minda.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan pertandingan melukis poster bagi tahap 2. Kemuncak sambutan ini ialah aktiviti minum susu secara serentak di seluruh negara iaitu pada jam 10.30 pagi. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pemenang pertandingan.


0 comments:

Catat Ulasan

Hadith

Penafian

Pihak pentadbiran Blog SK Tanah Merah Jerteh Terengganu adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh SK Tanah Merah Jerteh Terengganu