counter

Selamat Datang

Laman Blog Informasi Sk.Tanah Merah ini dibina khas bagi memberikan maklumat terkini mengenai sekolah dan juga untuk memperkenalkan sekolah kepada orang luar. Pembinaan Laman Blog Informasi ini adalah salah satu agenda yang telah dirancang oleh Unit ICT SKTM. Laman Blog ini diharap menjadi suatu saluran perhubungan antara sekolah dan masyarakat luar.Pembinaan yang dimulakan sejak awal April 2009 telah pun siap sepenuhnya sekarang. Beberapa penambahbaikan laman Blog ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

09 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU




SELAMAT HARI IBU





07 Mei 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhankepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , beketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

06 Mei 2009

Tema Hari Guru








2009


2008


2007


2006


2005


2004


2003


2002


2001


2000


1999


1998


1997


1996


1995


1994


1993


1992


1991


1990


1989


1988


1987


1986


1985


1984


1983


1982


1981


1980


1979


1978


1977


1976


1975


1974


1973


1972


Guru Pembina Negara Bangsa


Guru Cemerlang Negara Terbilang


Guru Penjana Modal Insan Gemilang


Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan


Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan


Guru Berkualiti Aspirasi Negara


Guru Berkualiti Aspirasi Negara


Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama


Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan


Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang


Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama


Guru Bestari Sekolah Bestari


Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia


Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan


Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan


Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan


Ke Arah Pendidikan Cemerlang


Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera


Guru Pembina Budaya Ilmu


Guru Pengasas Budaya Membaca


Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan


Pendidikan Teras Nasionalisme


Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan


Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan


Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan


Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu


Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat


Pendidikan Teras Perpaduan Negara


Murid Sejahtera Negara Jaya


Guru Pembentuk Generasi Akan Datang


Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan


Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan


Guru dan Pembangunan Negara


Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi


Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan


Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

05 Mei 2009

Lagu & Tema Hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

04 Mei 2009

Galeri

Rancangan Tahunan Mata Pelajaran SR

Link untuk download Rancangan Tahunan Mata Pelajaran Sekolah Rendah : (right click n select save as/save link as)

Bahasa Melayu : BM Tahun 1, BM Tahun 2, BM Tahun 3, BM Tahun 4, BM Tahun 5, BM Tahun 6

English : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6

Mathematics : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6

Science : Year 1, Year 2, Year 3, Year 4, Year 5, Year 6

Agama Islam : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

JQAF : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3

Bahasa Arab : Tahun 1

Pend Seni Visual : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5,Tahun 6

Pend Jasmani : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

Pend Sivik (PSK) : Tahun 4, Tahun 5

Pend Muzik : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

Kajian Tempatan : Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

Kemahiran Hidup : Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

Pend Moral : Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6

02 Mei 2009

PIAGAM PELANGGAN

  • Memberi khidmat yang terbaik, adil, mesra, saksama, cekap dan cepat kepada semua pelanggan.
  • Mematuhi dan melaksanakan segala arahan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Terengganu dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Berusaha mempertingkatkan kualiti dan kuantiti akademik murid ke tahap yang lebih tinggi.
  • Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid supaya menjadi insan yang lebih sempurna dan berkualiti.
  • Berusaha mempertingkatkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum untuk memperkembangkan bakat dan kepimpinan murid.
  • Menjalinkan silaturrahim dan kerjasama erat dengan ibu bapa serta masyarakat setempat.
  • Melahirkan lepasan sekolah yang berilmu, beriman, beramal soleh, dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Hadith

Penafian

Pihak pentadbiran Blog SK Tanah Merah Jerteh Terengganu adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh SK Tanah Merah Jerteh Terengganu