counter

Selamat Datang

Laman Blog Informasi Sk.Tanah Merah ini dibina khas bagi memberikan maklumat terkini mengenai sekolah dan juga untuk memperkenalkan sekolah kepada orang luar. Pembinaan Laman Blog Informasi ini adalah salah satu agenda yang telah dirancang oleh Unit ICT SKTM. Laman Blog ini diharap menjadi suatu saluran perhubungan antara sekolah dan masyarakat luar.Pembinaan yang dimulakan sejak awal April 2009 telah pun siap sepenuhnya sekarang. Beberapa penambahbaikan laman Blog ini akan dilakukan dari semasa ke semasa.

26 Oktober 2014

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

Tarikh : 27 Oktober 2014

Bermula pada 27 Oktober 2014 sehingga 30 Oktober 2014, berlangsungnya Peperiksaan Akhir Tahun bagi SK Tanah Merah yang melibatkan semua murid bermula daripada Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6. Peperiksaan ini melibatkan semua matapelajaran.

Semoga berjaya!



18 Oktober 2014

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah 2014

Program Gotong- royong Perdana Peringkat Sekolah 2014 telah diadakan di SK Tanah Merah Pada 18 Oktober 2014. Program tersebut melibatkan guru- guru dan murid- murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini bermula 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi.






Hadith

Penafian

Pihak pentadbiran Blog SK Tanah Merah Jerteh Terengganu adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh SK Tanah Merah Jerteh Terengganu